Sunday, February 20, 2011

KEKAYAAN DICIPTA DI MINDA

KEKAYAAN DICIPTA DI MINDA


SALAM JUTAWAN BUAT ANDA SAHABAT SEPERJUANGAN, TEMAN BERKONGSI RASA,
KETAWA DAN MENANGIS, MEREKA TIDAK AKAN MENGERTI, HANYA KITA DAN ALLAH SWT YANG TAHU BAHAWA DI ANTARA KITA MEMPUNYAI SATU PERSAMAAN DAN SATU PERTALIAN IAITU, ''MINDA JUTAWAN''.

INSYA-ALLAH DI DALAM KOLUM YANG AMAT BERHARGA INI SAYA AKAN BERKONGSI ILMU, PENGALAMAN, TEKNIK DAN SKILL BAGAIMANA UNTUK MENCAPAI CITA-CITA MENJADI SEORANG YANG SEKURANG-KURANGNYA PUNYAI MINDA JUTAWAN KERANA INILAH ASAS KEPADA PEJALANAN ANDA MENUJU KE PUNCAK KEJAYAAN BAGI MENGGAPAI KEKAYAAN, KESIHATAN, KEBAHAGIAAN DAN KESEJAHTERAAN....

SEGALANYA BERMULA DI SINI, ''KEKAYAAN DICIPTA DI MINDA''

JADI HAKIKAT SEBENAR ADALAH SEGALANYA BERMULA DENGAN
-''MINDSET''
ATAUPUN ISTILAH LAIN IAITU
-''TETAPAN MINDA''.

INILAH TITIK TOLAK PERUBAHAN DI DALAM HIDUP ANDA APABILA ANDA SUDAH PUNYAI ''TETAPAN MINDA''.

PERNAHKAH ANDA MEMBELI
-KOMPUTER,
-TELEVISYEN ATAUPUN TELEFON BIMBIT?

BIAR SECANTIK ATAU SECANGGIH MANA PUN ALAT-ALAT TERSEBUT IANYA TIDAK AKAN BERFUNGSI ANDAINYA TIDAK DI ''SETTING'' DENGAN BETUL.BEGITULAH JUGA DENGAN DIRI KITA,

-SUDAHKAH KITA TETAPKAN PADA MINDA KITA APA YANG KITA AKAN JADI?
-MISKIN ATAU KAYA?
-JUTAWAN ATAU HARTAWAN?

SEGALANYA ADALAH PILIHAN KITA..........

SEBENARNYA JIKA ANDA SEDAR, APA YANG BERLAKU MENGUBAH SENARIO DAN IKLIM EKONOMI DAN POLITIK DUNIA HARI INI BUKANNYA KUASA TETAPI ADALAH ''KEPUTUSAN''..

JADI WAJARNYA TEORI INI DIBAWA KE DALAM KONSEP KEHIDUPAN KITA SEHARIAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN DAN MENGEJAR IMPIAN MENJADI SEORANG JUTAWAN..

SUDAHKAH ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN?
SUDAHKAH ANDA BERTEKAD BAHAWA ANDA MESTI MENJADI JUTAWAN DAN SANGGUP MEMBAYAR APA JUGA HARGANYA UNTUK MENJADI SEORANG JUTAWAN WALAU TERPAKSA MEMBAYAR DENGAN AIR MATA DARAH SEKALIPUN....?

SETKAN PADA DIRI DAN MINDA BAHAWA ANDA INGIN MENJADI YANG TERBAIK DI DALAM HIDUP INI....

1] CARI SEBAB DAN NYATAKAN PADA DIRI,
TUHAN DAN ALAM KENAPA ANDA HARUS JADI KAYA RAYA...

2] CARI FAKTOR YANG MENAMBAT HATI YANG MENYEBABKAN ANDA MEMBUAT
KEPUTUSAN UNTUK MENJADI KAYA..

3] NYATAKAN PADA DIRI YANG ANDA SUDAH MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK
MENJADI JUTAWAN

4] PEDULIKAN MEREKA YANG BERJIWA KECIL MENTERTAWAKAN ANDA KERANA
MULAI SAAT ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN INI, ANDA SUDAH PUN BERBEZA
KERANA APA YANG MEMBEZAKAN JUTAWAN DAN ORANG BIASA ADALAH
CARA BERFIKIR.
- CARA KERJA YANG BERBEZA

hanya sekadar perkongsian utk korang semua... sharing is caring.. Assalamualaikum.. :-)

Saturday, February 19, 2011

Hot Button?? Turning Point ?? utk ape semua nie??

Assalamualaikum buat semua pembaca blog sy... sat ni sy nk berkongsi tentang apa itu Hot Button & Turning Point..


Ada yang tahu dan ada yg tidak tahu... cuma disini saya nk berkongsi pendapat sahaja...
Hot Button atau boleh dikatakan 'butang panas' ialah suatu yg sgt2 penting jika kita ingin berjaya... 
ianya adalah punca mengapa kita perlu berjaya.. Turning Point lebih kurang saya... 
sesuatu perkara yg sudah berlaku dalam hidup kita baik atau buruk 
dimana ia meninggalkan kesan yg sgt mendalam... suatu GALAKAN utk kita berbuat sesuatu samada utk mengubahnya daripada BURUK kepada yang lebih BAIK... 


Contohnya... Kita xmampu utk menyara keluarga kita... sebab ape? 
HUTANG keliling pinggang... resah hari2.. sampai suatu saat orang yg kita sayang sgt2 memerlukan DUIT utk RAWATAN (jika tiba2 ada penyakit yg perlukan pembedahan).. 
dan duit itu kita perlukan dgn kadar segera..jika tidak kita akan menyesal seumur hidup kita... dalam masa yg sama kita btol2 tiada ape2... aduh!! gawat!! dari situ kita akan BERTINDAK.. kerana keadaan sangat2 memaksa... jadi itu satu lonjakan dimana kita akan melakukan apa sahaja asalkan kita dapat menyelamatkan org yg kita sayang....


dari contoh di atas kita boleh nampak... manusia akan bertindak jika keadaan sangat2 MENDESAK... selagi tidak terdesak mereka akan merasa diri mereka dalam keadaan yg sangat2 selesa... kenapa?? itu soalan utk anda.... jadi jika kita ingin berubah samada dari segi rohani,jasmani ataupun dari segi kewangan kita perlukan turning point... mengapa kita perlu BUAT?? 


saya bukan lah org pakar disini utk memotivasi TURNING POINT sgt2 diperlukan utk kita BERJAYA dalam KERJAYA atau BISNES... kenapa?? supaya ia dapat mendorong kita utk mencapai apa yg kita IMPIKAN selama ini atau selesai MASALAH yg selama ini menghantui kita...


Jadi..anda carilah TURNING POINT anda sendiri... renung kembali... anda buat sesuatu utk apa?? dan kenapa anda harus buat bersungguh2?? itu persoalanya... oleh itu.. lepas nie kita fikir sejenak dan ingat kembali apa yg kita dah lakukan sebelum ini... dan jadikan ia sebagai TURNING POINT anda...
Sekadar berkongsi... segala cadangan dan pendapat amat digalakkan... nak tambah ape yg patut pun dipersilakan... Assalamualaikum

Thursday, February 17, 2011

Kenapa Orang Kaya Semakin kaya Orang Miskin Bertambah Miskin???

Assalamualaikum... Hai semua.. 


Skang ni kita nk bercakap tentang "Kenapa Orang Kaya Semakin kaya Dan Orang Miskin Bertambah Miskin"..
Persoalannya...dimana kita letakkan diri kita skang? Orang KAYA akan selalu berfikir bagaimana nk menambah harta dan kekayaan..tp org miskin berfikir apa yg kita nk buat utk 'SURVIVE' esok hari... bukan saya nak memperkecilkan orang MISKIN... kita tidak bersalah jika dilahirkan miskin tapi akan rasa bersalah jika apabila meninggal dalam keadaan MISKIN..kerana apa?? apa yang kita tinggalkan utk anak cucu kita?? 


Gambar Hiasan..






Berbalik pada cerita kita, orang KAYA pandai merebut peluang yg ada di depan mata... tp kita hanya memandang dan membiarkan orang lain merebut peluang itu... kerana kita takut utk mengambil peluang.. salah satu sebab.. kita terlalu berfikir... boleh ke? nanti kalu ak amik tp xjadi camne?? seribu satu persoalan yang kita sendiri reka... takut mengambil risiko yang kita sendiri tidak pernah mengkaji... bak kata orang bukan senang nk senang... dan bukan susah utk jadi susah... 


Tidak dinafikan,orang kaya akan bertambah kaya kerana mereka ada modal yg besar utk mendapat pulangan yg besar...dan kita yg MISKIN hanya memikirkan bagaimana utk teruskan hidup.. tidak salah utk kita jadi kaya.. pada sy menjadi KAYA adalah wajib... kita selalu lihat orang KAYA bawak kereta besar ada rumah besar... kita hanya bercakap dalam hati.. "ala...dah rezeki diorang...kita ni camni ajela" why???? kita xpernah nak ambil tahu mengapa dan bagaimana mereka boleh memiliki rumah besar & kereta besar... apa yang mereka buat? YES!! perkara pertama yang mereka buat adalah merebut peluang yg terhidang di depan mata... langkah pertama utk berjaya...


Cuba hari ini kita renung sejenak...adakah perlu utk jadi KAYA?? Zaman sekarang semuanya DUIT.. memang DUIT bukan segalanya TETAPI segalanya memerlukan DUIT... sedangkan nak masuk 'toilet' pun kena bayar.. heheheh... orang cerai pun disebabkan masalah duit... sudah terang lagi bersuluh... jadi hari ini..jika ada peluang kita rebut sahaja... kerana apa... kita tidak tahu rezeki kita mungkin disitu... cuba buka minda & berfikiran positif... dari situ kita akan nampak dan boleh menilai... 


Semua di atas adalah sedikit perkongsian... mungkin ada benda yg nk ditambah pada masa-masa akan datang... semua yg diceritakan adalah dari pengalaman & sedikit ilmu yg ingin sy kongsikan... walau ringkas harap sedikit sebanyak boleh menjadi tatapan korang semua.. THINK BIG TO SUCCESS!!

Wednesday, February 16, 2011

Mengapa orang suka pinjam ALONG???

Benda yang dicegah tapi benda tu la yang selalu kita buat... dah tahu bahaya tapi masih tetap nak buat... tapi MENGAPA?? pasti ada sebab yg jelas mengapa mereka sanggup buat camtu... xkan saje2 jek nk mempertaruhkan keselamatan diri & keluarga... mungkin mereka terdesak utk berbuat demikian... kita tidak dapat menyalahkan mereka 100%... lagipun promosi mereka sana sini... di pokok2,tiang2 lampu,dinding,signboard & tempat yg biasa kita lihat iklan2 pinjaman mudah... mcm2 ada...


Gambar Hiasan




Penat badan berkuasa dok cabut iklan2 tersebut tp masih ada lagi...dan semakin berleluasa... MENGAPA?? persoalannya... masih ada lagi yg ingin membuat pinjaman dengan mereka... berbalik pada persoalan asal... Pinjam dengan ALONG memang sangat2 bahaya..'High Risk' tapi MENGAPA masih ada yang buat???
Saya tidak la pandai sy bab2 nie.. tapi dari pandangan saya... mereka buat pinjaman dengan ALONG nie sebab nak mulakan perniagaan tapi tiada MODAL! biasanya dalam RM10k-RM100k.. mereka cuba nak buat pinjaman secara sah dengan BANK-BANK yang berdaftar tapi xboleh.. Antara sebab paling ketara... kena 'RUN' dulu Bisnes... 6 Bulan kena ada statement BANK... tp nk mulakan perniagaan mesti ada MODAL... betul x? Ini biasa berlaku... camne nk basmi ALONG... pada pandangan saya... BANK-BANK patut beri kelonggaran sedikit dimana dengan hanya kertas kerja kita boleh buat pinjaman... Minimum pun xpe asalkan ada modal permulaan...


Bukan nak tunjuk pandai tapi hanya pandangan... tapi ini la yg sy lihat... sebab sy pn dalam kategori org yg sama...cuma xpernah pinjam ALONG... masih ingat KELUARGA... jika ada sape2 disini ada apa2 pandangan sila comment... just nk sharing2 ajer... jom2

Tuesday, February 15, 2011

IMPIAN??? APA YANG ANDA FAHAM TENTANG IMPIAN??

Bercakap tentang IMPIAN... Sungguh luas skop pemahaman tue... Ramai orang ada Impian tapi xtahu apa itu sebenarnya IMPIAN... Kadang-kadang mereka hanya berangan-angan dan dalam masa yang sama menganggap itu adalah IMPIAN... 
Saya bukan lah orang yg terbaik utk memberi penjelasan berkenaan IMPIAN.. tapi dari sudut pandangan saya IMPIAN adalah sesuatu untuk dicapai dan kita ke arah itu tidak apa jua yg kita lakukan itu merealisasikan IMPIAN itu...




Contoh hari ini... Anda Ingin Sebuah Rumah yang BESAR... cukup sekadar rumah BESAR??
Pernahkah anda terfikir Rumah berapa tingkat? Dimana? berapa keluasan tanah? ciri-ciri rumah IMPIAN anda? Jelaskan IMPIAN anda secara lebih tepat! Jika anda benar-benar inginkan IMPIAN anda itu menjadi kenyataan..Jika perlu cari rumah-rumah mewah dan minta kebenaran utk melihat kawasan serta dekorasi rumah tersebut... tanya berapa KOS,LUAS, dll... Ini akan menambahkan lagi rasa ingin tahu pada diri anda... Anda juga sudah dapat mengagak serta sudah tahu bajet untuk mendapatkan rumah IMPIAN anda... Ini sangat penting... jgn pakai hentam saje... xmenjadi nanti... itu sahaja yg ingin dikongsikan,,, salam